Sunday, 30 June 2013

bumi tidak menyucikan.

Ada sebuah kisah yang sangat indah untuk saya ceritakan.

***

Suatu ketika Abu Darda' menulis kepada Salman Al-Farisi,
"Marilah kembali ke bumi yang menyucikan ini (madinah)"

Maka Salman Al-Farisi membalas suratnya,

"Sesungguhnya bumi tidak pernah menyucikan sesiapapun, tetapi yang menyucikan seseorang hamba itu adalah amalannya"

[sumber asal: Majmuk Fatawa Ibni Taimiyyah]

***

ya, bumi tidak pernah menyucikan.

Di malaysia mahupun di ireland,

yang menyucikan adalah amalan.

senyum.  

kusut.

Buat jiwa yang terluka..
Kita cuma ada pilihan, untuk bersangka baik dgn Allah

[kredit]

Memang saya distracted.

Memang saya serabut.

Memang saya kusut. Sangat.

***

O Allah, give it back to me. 

Please.

[air mata]

Friday, 28 June 2013

Kesayangan.

Untuk adik yang sangat-sangat saya cintai kerana Allah,

"Dan di antara manusia ada orang yang menyembah Tuhan selain Allah sebagai tandingan, yang mereka cintai seperti mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman, sangat besar cintanya kepada Allah. Sekiranya orang-orang yg berbuat zalim itu melihat, ketika mereka melihat azab, bahawa kekuatan itu semuanya milik Allah dan bahawa Allah itu sgt besar azabNya (nescaya mereka akan menyesal)."

[Al-baqarah : 165]

air mata.

Kadang-kadang kita pun tak perasan yang kita dah menjadikan kawan baik kita sebagai Tuhan. Ye, saya lah tu orangnya.

Untuk kita menjadikan sesuatu itu sbg Tuhan, tak perlu pun pegi tokong dan sembah patung, cukup dgn kita meletakkan Allah sama taraf dgn benda lain dalam hati kita.

nanges. tampar diri sendiri.

Sesetengah orang memang jenis yang extreme dalam apa pun yg dia buat. Belajar extreme, bersukan extreme, berdakwah extreme sampai lah dalam berkawan pun extreme. Jadi, bila dah extreme, dia tak mampu lah utk menjadi balance dalam sesuatu yg dia buat tu. Saya, sejujurnya tak menyalahkan orang yg macam ni, sebab bukan dia yang nak jadi extreme, tapi Allah yg meletakkan sifat tu dalam diri dia. Sedeh kan?

Bukan tak mujahadah. bukan tak cuba sehabis baik. Cuma diri yg marhaen ni masih lagi tak mampu utk buang sepenuhnya jahiliyah ni. InsyaAllah, masih lg gigih meneruskan mujahadah. mohon doa dari semua.

***

Untuk adik yang sgt-sgt saya cintai fillah,

Alhamdulillah, thummal hamdulillah. Allah telah melakarkan cerita yang cukup indah utk kita berdua hinggalah saat ini. Tidak adalah yang lebih saya syukurkan dalam hidup saya selain daripada dipertemukan dgn anda. Dari anda, saya belajar utk mujahadah yg lebih hebat. Dari anda juga, saya belajar utk jadi orang lebih sabar  dalam dunie ni. senyum.


andai kamu diberi pilihan,


 " Di tangan kanan ini ada Syurga,

dan jika ditangan sebelah kiri ini ada segalanya yang kau mahu kan itu,

 yakni perhatian dan kasih sayang manusia di dunia,



mana yang satu yang kamu mahu pilih? "

[quoted] 

Dan begitulah, kita telah memilih syurga. Moga pilihan ini menjadikan kita berdua lebih hebat lagi dalam medan dakwah dan tarbiyah ini dan terpilih utk mati syahid dalam jalan Allah, insyaAllah.

dan saya, akan sentiasa mencintai anda, sampai bila-bila. biiznillah.

***

kerana kami, adalah jiwa-jiwa yang menginginkan syurga.


Saturday, 22 June 2013

K.H Rahmat Abdullah

Memang seperti itulah dakwah..
Dakwah adalah cinta. Dan cinta akan meminta semuanya darimu..
Sampai pikiranmu. Sampai perhatianmu.
Berjalan, duduk dan tidurmu..
Bahkan di tengah lelapmu, isi mimpimu pun tentang dakwah.
Tentang umat yang kau cintai..

-K.H Rahmat Abdullah

saya, pelik betol dgn apa pakcik rahmat ni tulis.. "Bahkan di tengah lelapmu, isi mimpimu pun tentang dakwah".. what?? macam tak logik je. Gigih sgt tu kalau sampai mimpi-mimpi.

Tapi, tu dulu la. Dulu boleh lah tak logik. Sekarang ni, memang logik sgt apa pakcik ni cakap.

Lepas saya betol-betol involved dalam dakwah dan tarbiyah ni, baru saya tahu rasa dia berkorban untuk dakwah. Korban duit, korban masa, korban perasaan, korban rumah, korban ukhuwah, korban makanan (eh) dan banyak lagi pengorbanan yang sy kene buat.

tapi saya pelik, saya takde lah sampai mimpi-mimpi sgt pun pasal dakwah ni. Kalau setakat dalam kelas fikir pasal adik usroh tu, ade jugaklah.. tapi part mimpi ni belum lagi. nampak sgt lah tak buat kerja all out nya. 

air mata.

Nak katanya, saya suka sgt point pakcik rahmat tentang cinta tu. Kalau lah kita sgt mencintai dakwah, maka seharunya ia akan meminta semua dari kita. 

saya pernah baca satu post ni yang menceritakan tentang persahabatan. Betapa lah seorang ukhti sgt menyayangi sahabat dia sampai banyak sangat yg teramat pengorbanan yang dia buat utk kawan dia tu. Dan dia, buat je dengan mindset yang dia tanak apa-apa pun dari sahabat dia tu balik. Even, kalau sahabat dia tak sayang dia balik pon, dia tak kesah. [sebab sahabat dia tu hardcore sikit. Kononnya macam tak retilah nak express-express kan kasih sayang ni..] ni antara contoh pengorbanan yg dilakukan;

"sekali tu nak exam, kita tak masak, isha  mesej bagitahu yang dayah  gorengkan cucur untuk dia, pastu saya kata, mana aci, saya nak jugak. isha  kata suruh la kak ira buatkan, saya kata, kak ira pun nak exam la, saya ceritakan pada akak, petang tu saya dapat sebekas cucur, sungguh itu cucur yang paling sedap saya pernah makan, saya makan sambil menangis, tak tertelan rasanya sebab rasa bersalah"

"pernah sekali saya beli phone through e-bay,
rupanya website tu tipu, akak yang coverkan,
bayarkan semula duit yang saya dah bayar."

hebat kan? berbaldi-baldi jugaklah saya menangis masa bace entry ni. Hebat sangat, masyaAllah. Macam mana lah kita nak sayang orang tanpa harap balik orang tu sayang kan kita. nanges.

saya, selalu teringin nak buat kat orang macam ni. Tapi saya tak mampu. Dan saya sangat-sangat berharap yang saya dapat mencintai dakwah hingga macam ni skali. tanpa mengharapkan apa-apa pun. semua orang doakan saya ye.


***

Thursday, 20 June 2013

jangan jadi macam kakak bahagian II.

Petang tadi saya buka facebook (ye, sy memang kaki facebook, kaki yg sgt-sgt), rasa nak terkeluar jantung saya bila tgk notification kata anak usroh tersayang sy post dekat wall.

nanges.

masyaAllah, gembira dihati bukan kepalang. Lagi gembira drpd perasaan jalan-jalan dgn nadia kat langkawi haritu. eh.

utk anak usroh sy tulis dekat wall atau buat apa-apa yg seangkatan dgn benda ni, adalah sgt-sgt-sgt luar biasa. sy pon tak pasti sy tak cukup DF ke ape, tapi semua anak usrah sy perangai macam tu. jujurnya, sy sgt sedeh lah, tp alhamdulillah a'la kulli hal, yg pegang hati tu bukan ke Allah? Jd, sepatutnya tidak ada apa yg perlu sy sedehkan.

senyum, nanges lagi.

***

menyambung balik post sebelum ni, nak katanya memang hebat lah susu tarbiyah dekat ireland ni. Ianya membuatkan sy gemok, sehat dan sendawa dgn kuatnya. maka sy pon semakin membesar, hari demi hari. Dan sy telah berbai'ah kepada Allah dan kepada diri saya yang saya akan memberikan seboleh-bolehnya utk dakwah ini. saya, akan memberikan yg paling baik skali, yang paling ihsan skali!

maka saya pon bekerja dan teros bekerja bersama team zilal sy yang amat sy sayangi di dunie. =') (gaya macam kencang sgt je buat kerja kan? haishh). Saya pergi stalk semua facebook adek-adek yang nak fly, sy like setiap status yg ada, sy chat dgn diorang (kadang-kadang sampai 1-2 pagi), saya pegi semua daurah adik-adik kolper, sy belanja diorg makan nandos (erk, mungkin ni sepatotnye tak payah mentioned) dan macam-macam lagi lah yang sy buat. Saya DF diorang macam giler!

senyum. bertenang. kesat air mata skit.

Jadi nak kata nya.. mungkin masa sy buat tu, niat saya ada tercicir kat mana-mana. Saya tertingalkan ikhlas. Saya, tak ikhlas dalam semua yang saya buat ni. Saya tak menyandarkan usaha saya pada Allah. Saya tak kembalikan balik semua pada Allah! nanges.

tiba-tiba sy rasa yakin yang, sy sebenarnye tak jelas nak bawak diorang pada siapa. Pada diri sendiri ke? atau pada jemaah ke? sy tak jelas kemana sy menyeru! Saya tak jelas. Full stop. Saya main bawak je usrah tu. sy main DF je membabi-buta tuli. sy main buat je ape-ape pon. ikot 'dan' je sapu sume. kalau ikut bahasa usrahmate sy ain saidin, buat ikot taklid buta! Maka akhirnya, anak usrah ntah ke mana, stadi pon bersepai. 

dan sejak tu, semua benda saya buat, semuanya tak jadi. exam entah kemana. stadi pon melingkup yang asyik-asyik fail je. anak usrah semua memberontak. ukhwah dgn akhawat asyik problem dan macam-macam lagi.

masyaAllah.. senyum, menitis-nitis air mata.

saya, sejujurnya sgt-sgt jeles dgn orang-orang macam choy, ain saidin, nadia sume. Anak usroh diorg ni semua qowwiy-qowwiy. kadang-kadang sy nanges (ni nanges btol-btol la) membayangkan kenapalah terok sgt sy ni nak comparekan dgn diorang. kenape la hebat sgt ibadah diorang smpai Allah memberikan petunjuk dekat adik-adik tu, melalui diorang ni. sedeh.

tp akhirnya, saya nampak je kenapa diorang ni sgt hebat dalam dakwah diorang dan adik-adik diorang semua menjadi. Sebab, diorg sgt ikhlas dalam ape yg diorang buat ni. ikhlas sgt-sgt. boleh nampak ikhlas tu. subhanAllah.

dan sememangnya, begitulah. boleh je sy nak bg alasan bila anak usrah sy semua main kejar-kejar dgn sy tu, sy kata:

aku dah la baru first tyme bawak usrah terkontang-kanting, takde sape pon nak bg tunjuk ajar

adik usrah diorang mmg jenis baik-baik ikot cakap, senang nak lah bagi usroh. Adik aku pulak jenis hardcore semuanya.

diorang kat RCSI ramai, aku kat TCD ni sorang-sorang je. sume benda pon buat sorang. susah aku, aku tanggung sendiri kot!

diorang boleh la sebab ade stadi grup semua. aku ni stadi pon macam nak terbalik dah pon orang buat tak tahu je. 

sy mmg boleh bg alasan kalau sy nak, tp sy taknak jd orang munafik. T_T

sebenarnye, kalau saya ikhlas, semua benda pon akan jadi je. stadi akan tersusun. Dakwah pon akan tersusun. Ada seorang ukhti ni bagi tahu sy, "kalau lah kita boleh tersusun dalam stadi kita, insyaAllah kita akan tersusun jugak dalam dakwah kita".

Jadi, nak kata, bila kita dah berbai'ah utk berjuang kat jalan ini, setiap benda yang kita cakap tu, Allah akan uji, sampai kita betol-betol ikhlas dgn ucapan kita. Takda masa Allah nak bagi chance dai'e ni main saje-saje je dgn kata-kata dia. Semua ucapan tu mmg kena benar! benar kpd Allah, benar kpd manusia. Wallahu a'lam.

***

saya, betol-betol nak jadi ikhlas dalam jalan dakwah ni dan dalam apa pun yang sy lakukan. Saya betol-betol nak membenarkan janji saya pada Allah. Saya mintak tolong sgt semua orang utk doakan sy ikhlas dalam jalan dakwah ni. Sebab saya tak sanggup dah nak biarkan jahiliyah saya membunuh saya dari seluruh aspek hidup sy.

nanges.


Friday, 14 June 2013

keteladanan sebelum berdakwah.

Jujurnya, saya tak mampu lagi nak sambung  post sebelum ini. Sebab saya rasa emosi saya masih tak stabil dan sy pun sebenarnya masih samar lagi dgn apa yg nak saya smpaikan. Rasa tu, dah hilang.

***

"Seandainya kau tidak lantang ke hadapan, maka kau akan ditinggalkan" - me

Dan sememangnya, begitulah. Saya ingat, dalam jalan dakwah ni, macam mana busuk (read: terok) sekali pun lah ukhwah tu ataupun seorang sister tu, dia takkan tinggalkan sister dia yg lain. dia takkan tinggalkan sister dia yang dia rasa lambat sikit ke, yang selesa dgn byk bekerja dr byk bercakap ke, yang beramal tp tak nampak sgt pun amal dia tu ke, yang pendiam tp sebenarnya sgt ingin bergerak ke dan lain-lain kelemahan yg ada pada sister tu.

tapi sy rasa sy macam.. err dah tak percaya dah dekat benda ni. mungkin lah tak semua akhawat mcm ni dan mungkin sy pun tak boleh nak 'disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga'. tp sangatlah tak logik kalau kita mengaku diri kita dai'e dan bergerak secara berjemaah tp kita selfish! kita tinggalkan kawan kita di belakang sebab kita assume, "dia ni macam main-main je, mesti dia tak suka kalau aku suruh dia buat kerja, tak payah lah ajak dia".

excuse me, who are you to assume like that?! malaikat kah??

mungkinlah dalam hal ni, saya yang tidak manusiawi. mungkin lah sy yang kene lebih bersangka baik. Tapi, meh sini saya nak bagi tahu manusiawi tu macam mana. 

manusiawi tu ialah bila kita rasa kawan kita tu dah nak futur, nampak macam dah nak menyepikan diri je dari jemaah, yang macam dah tanak buat kerja sgt, kita pergi kat die hulur tangan kita utk tarik dia balik, bukan jadi judgemental macam ni. Kita siapa nak jadi judgemental, qowwiy sgt ke? adakah sebab kita tak pernah missed qiyam then qiyam kita tu menghalalkan kita utk buat judgement kat orang lain? 

manusiawi tu bila kita faham yang amal soleh setiap orang tak sama dgn diri kita. mungkin lah kita ni orang paling pandai dalam dunia so bila kita tgk kawan kita lebih memfokuskan pada pelajaran dia drpd dakwah masa musim exam, kita kata dia dia buat kerja masa dia tak exam je. 

excuse me, husnus zon kau pegi mana?!

maafkan saya kerana menjadi sedikit emosi.

saya sebenarnya tak faham orang yang macam ni. Kata kita ni bergerak bersama-sama, susah sama-sama, senang sama-sama. Tp bila ada kelemahan pada diri seseorang sister tu, kita tinggalkan dia pulak instead of tolong dia. Tiba-tiba saya teringat cerita abu mihjan at-tsaqafi. seorang sahabat yang sgt ingin mati syahid tp tak mampu nak tinggalkan jahiliyah dia, iaitu minum arak. mampu ke kita nak bersangka baik dgn orang macam ni?

"bersangka baiklah ke atas ketidak berangkatan saudaramu" - cahyandi takariawan

Agak-agak, ka'ab bin malik saje-saje ke taknak pergi perang tabuk dgn rasulullah? Ka'ab ni ahli perang badar kot, takkan lah dia ni nak jadi munafik sebab kebun buah-buahan dia je. Dan dia, dah dapat pun balasan dia dari Allah. Even rasulullah pon tak penah buat judgement dekat ka'ab ni, kita pulak nak lebih-lebih buat judgement dekat orang.

so, who are we to judge?

Tadi sy pergi usrah, kak firdausi kupas buku fiqh dakwah oleh syeikh jum'ah amin. Ada 10 perkara dalam fiqh dakwah ni, dan yang pertamanya ialah keteladanan sebelum berdakwah. saya sedar yang saya pun masih fail lagi dalam langkah pertama ni tapi betullah kan, dakwah dan dai'e takkan dapat dipisahkan. orang akan pandang kita dulu before pandang dakwah kita. wallahu a'lam.

***

suka lah saya utk menutup post ni dgn kata-kata daripada kesayangan sy, Salim A. Fillah,

jika kau merasa besar,periksa hatimu
mungkin ia sedang bengkak
jika kau merasa suci, periksa jiwamu
mungkin itu putihnya nanah dari luka nurani
jika kau merasa tinggi, periksa batinmu
mungkin ia sedang melayang kehilangan pijakan
jika kau merasa wangi, periksa ikhlasmu
mungkin itu asap dari amal solehmu yg hangus dibakar riak


Wednesday, 12 June 2013

Jangan jadi macam kakak.

Post ini sy tujukan khas pada adik-adik sy, yg bakal menjunjung dakwah bersama-sama sy di bumi dublin nnt.

***

Semalam dapat email daripada School of medicine kata results akan di'publish'kan esok (which is hari ni lah). sepanjang tunggu results tu, saya tak tahu nak rase apa. Kalau nak rasa takut, sy memang dah ada carry paper dari winter exam haritu, Kalau nak rasa tak takut, nnt banyak pulak paper nak kene repeat kalau ade yg fail utk summer exam ni. jadi hati sy macam tgh main bola. eh.

So results pon keluar tadi. Every single subject tu saya cek betol-betol markah dia sama ada pass atau fail. kesemua sekali ada 6 subjek besar. lepas saya habes scroll page results tu, sy senyum.

masyaAllah. Senyum, menitis-nitis air mata.

seperti yg dijangkakan, sy gagal. Untuk kesekian kalinya sy gagal lagi. gagal saya ni bukan satu atau dua paper, tapi empat paper sekaligus. SubhanAllah.

Gagal sy ni, sy tahu, ada hikmah yg Allah selitkan dan sy takkan mampu pun utk tahu hikmah tu walaupun sy dapat memikirkan kebaikan yg paling hebat yg datang dari kegagalan sy ni. sy senyum sebab sy tahu, Allah sedang menyimpan yg terbaik utk sy. sy senyum sebab sy yakin bahawa Allah tu bukan lah Tuhan yg maha zalim tp maha Lembut. sy senyum sebab saya tahu masih ada berjuta lagi nikmat Allah yg lain utk sy syukurkan, antara nya ialah sy lulus OSCE sy. yeay, alhamdulillah.

jadi, apa kaitan tajuk dgn post ni? kaitannya ialah sy nak bg tahu kepada junior dan seluruh du'at bahawa jalan dakwah ni sememangnya akan menuntut segala-galanya darimu dan juga dari pelbagai cara. Ye, saya tahu yg semua orang pun tahu benda ni, tp selagi kita tak di uji, jgn berani nak cakap pasal duri dlm jalan dakwah ni.

nak kata nya, dulu masa di MRSM (dulu lah tp) sy ni adalah orang paling top (siriesly plg top) dekat MRSM sy tu. Sebut je nama sy, semua orang kenal, termasuklah cikgu-cikgu dan staf-staf makmal. Apart from nama sy yg sememangnya unik itu, sy mmg seorang yg excellent dekat MRSM. Study excellent (pointer tak penah bawah 3.85). Sports excellent (cakap je game mane yang sy tak penah wakil maktab). So, sy memang terkenal dgn ke'excellent'an sy di MRSM. Disebabkan itu, ada lah kot sedikit rasa riak dalam diri sy, walaupun sy cuba utk tidak berasa riak. erk.

Then, bila sy masuk KMB dengan hati yg sungguh besar. sy diajak utk join usroh. mase kat maktab dulu ada jugak usroh, tp untuk geng surau or BADAR je lah. sy tgk dr jauh je (dalam hati rase gembira sebab takyah join usroh tu, boleh bace buku), terok kan? so, bila join usroh kat KMB ni, okay la mula-mula tu ingatkan setakat makan iftar same-same je, rupanya it's  so moreeee than that.

walaupon sy takde lah nak kata qowwiy sgt mase dekat KMB tu, bawak usroh junior pon main-main je lagi, kalau ingat balik usroh yg saya bawak kat KMB tu, rasa nak tampor je diri sendiri balik. amat lah.. memalukan. erm..  sy, dapat merasakan lah yang saya sudah mula diuji oleh Allah dalam pelajaran sy. Nak katamya, dekat KMB, sy tak penah dapat honor roll dan pernah fail utk math SL mase third sem. Tp Alhamdulillah a'la kulli hal, sy berjaya mendapatkan tempat ke universiti yg paling champion kat ireland ni dengan results IB sy yg tak seberapa itu.

dekat ireland, lagi kencang tarbiyah dia. dekat sini, barulah sy betol-betol kenal DnT tu macam mana. dekat sini barulah sy betol-betol berazam untuk buat dakwah tu all out. dekat sini barulah sy betol-betol jadikan dakwah tu sebahagian dari hidup saya (maaf, ayat ni mungkin kedengaran over).

***

Bersambung.





Tuesday, 11 June 2013

ikhlas yg tak datang bergolek.

Tadi saya buka facebook. Penuh newsfeed kawan-kawan dari cork update status pasal results diorg dah keluar. kebanyakannya mmg yg baik-baik saja lah. Termasuklah ada sorang kawan baik sy ni nama dia Zakiah.

masyaAllah.  senyum.

dalam hati, bercampur-campur perasaan ni. kejap gembira, kejap sedeh. gembira sebab diorang tu kawan sy, gembira diorang gembira sy jugak. sedeh sebab, kecewa dengan diri sendiri, yang tak penah mampu utk lepas pada kali pertama.  kalau nak kata bg alasan, berjuta alasan sy boleh bagi, just name it:

TCD susah kot, soalan exam kemain killer lagi.

Kitorg exam bukan by module, kitorg guna sistem tradisional. sekali exam berbakul-bakul kena baca.

RCSI boleh la ramai senior nak tolong diorang. Kitorg kat TCD ni pandai-pandai sendiri je nak hidup, takde orang nak amek kesah.

Kat sini kitorang bukan setakat written exam je, semua jenis ada. Viva ada, OSCE ada, MCQ, EMQ, bla bla bla..

tapi, saya tahu, macam mana berbakul-bakul pun alasan sy nak bg, sy tetap takkan dpt deny the fact yg sy FAIL. ye, sy gagal. Gagal, bukan hny pada pelajaran tp sy rasa sy juga gagal dalam DnT sy. Exam entah kemana, Usrah entah kemana. sakit hati sy, kecewa betol dgn diri sendiri.

Gagal saya ni, bukan lah sebab sistem TCD tu mmg membunuh ke apa, atau takde senior-senior berhati mulia nak tolong kitorang. Tapi sy gagal, sebab sy rasa sy tak ikhlas dalam apa pun yg sy buat. sy tak ikhlas dalam stadi saya. sy tak ikhlas dalam jalan dakwah ni.

air mata.

bila scroll facebook grup yg berkaitan dgn jalan dakwah ni. hancur rasa hati. betapa lah bestnya kawan-kawan sy dpt join semua program summer tp sy kat sini, balik summer pon still di hantui supplemental paper yg akan dtg nnt. Allah.

benda ni sgt menekan lah. mungkin pada satu sisi, Allah nak uji, sama ada sy pegi program mmg sebab Allah ke, sebab ada kawan-kawan best. Itu satu, satu lagi mungkin sy patut sedar yg mujahadah dan amal soleh sy pada waktu ini adalah stadi dan bukannya dakwah. entahlah..

teringat seorang senior ni, nama dia kak ijah, dia share kat sy:

"anakin, amal soleh tu bukanlah bermaksud awak buat dakwah all the time, tapi amal soleh tu maksud dia amal yang paling sesuai awak lakukan pada waktu itu utk menjaga kemaslahatan dakwah dan tarbiah awak. Dan sekarang ni, amal yg paling soleh awak boleh buat ialah stadi."

sy pun tak tahu nak rasa apa. mohon doakan sy, agar ikhlas dalam jalan dakwah ni. sy tahu, itu je kunci die sebenarnya. sy nak ikhlas. tolong doakan ye. doakan stadi sy juga insyaAllah.

***

Friday, 7 June 2013

Tinggalkan rumahmu di belakang.

Literally, memang baru-baru ni sy baru pindah rumah. Pindah dari rumah yg sgt-sgt sy cintai. Pelik kan? ade jugak orang yg overly attach dgn rumah. Ye, sy lah tu org nye. sy sgt-sgt mencintai rumah sy tu, rumah no. 15. Sedehnye lah rasa mase nak pindah tu, Allah je lah yang tahu. Sedeh bukan sebab pindah rumah je tp sebab berpisah dgn hausmate jugak.

dan sememangnya, begitulah. saya tahu, sy sedeh sebenarnya sebab sy akan berhadapan dgn mujahadah yg lebih hebat di masa depan. di rumah baru. dengan hausmate baru. dan semestinya, dgn ruh baru.

saya pun konfius, patut ke sy sedeh? senyum.

saya ni, dari dulu, memang dilahirkan dgn sifat yang sgt attach atau ermm, setia dgn sesuatu tu. Tak kesahlah barang ke, manusia ke, makanan ke, sy akan suke sgt (yg extreme punya suka) dekat benda tu smpai lah satu mase yg telah ditetapkan. Then, I will move on. but still after lots of heartbreaks and lots of tears.

terok kan?

The best part is, ada seorang kakak ni berborak dgn sy haritu, tentang mutarabbi dia yg mule nak ada attachment dgn kakak ni. Kakak ni tak suka attachment tu, dia kate tak elok utk tarbiyah mutarabbi dia. Secara jujurnya, sy kesian dgn mutarabbi kakak tu, sbb sy faham sgt apa die rase.. sebab sy penah rse lagi terok drpd tu.

Utk memutuskan atau menghalang secara mendadak orang lain membuat sesuatu jahilliyah yg diorang suka pada waktu diorang memang sedang deeply hanyut dgn kesukaan diorg tu, adalah sgt tidak soleh bg saya. Sebab percayalah, instead of dia berhenti buat apa yg sedang diorang buat, they will become rebellious and hate you even more. benda ni manusiawi kot.

Bagi sy, tak soleh lah kalau kita nak tegor org, kite tegor straight forward macam tu je yg kita kate die tak boleh buat itu ini itu ini. diorang pun ada hati, isn't it? and change, indeed is a lifelong process. kite tak boleh expect kita nasihat mutarabbi kita harini, kejap lagi die dah berubah 180 degree. That just won't make any sense.

jadi, ape kaitan mutarabbi kakak td tu dgn sy? kaitan nya ialah, sy faham apa yg dia rase.

ironi sgt sy rasa, bile sy berborak dgn orang tentang jahiliyah orang lain, sedang kan sy sedar je yg jahiliyah tu masih melekat kukuh dalam diri sy. Tp tiap orang punya struggle tersendiri, dan ini lah strunggle sy [apart from study, errk] dan sy terima ianya seadanya insyaAllah.

nak katanya, attachment-attachment ni kene ditinggalkan. sampai bila kita nak jadikan hawa nafsu kita sebagai tuhan? astaghfirullah. rasa macam ada reflex movement yg tampar pipi sendiri pulak.

doakanlah, moga sy dpt lepaskan perkara-perkara yg menghalang sy utk dekat dgn Allah ni. sebab sy, btol-btol tak tahu nak buat ape dah..

ayat feveret saya, [2:165]
***



post saya yang pertama.

Dari dulu, hati teringin nak menulis sehebat Nadia Najwa, Syafiqah Rahmat, Qowalun dan lain-lain. Tapi itu semua tinggal harapan. Sebab jari saya, pada 'nature'nya, bukanlah dilahirkan untuk menjadi penulis. senyum.

tapi takpe, sebab yg dilihat bukan pada penulisan, tp pada ruh yg ada pada tulisan tu, kan?

andai ada ibrah yang boleh diambil pada penulisan sy ni, alhamdulillah. kalau tiada ibrahnya, maka moga Allah memberikan sy dan anda pahala dan rahmat yg berganda-ganda atas usaha sy yg menulis, dan atas usaha anda yg membaca.

Ada ukhti tersyg sy ni, bg tahu sy, kenapa sy patut menulis blog. Dia kata, sbb menulis ni akan mengikat idea-idea sy yg terapung, menjadikan idea itu berpijak di bumi yg nyata. lalu melahirkan amal.

jazakillah khair kakak. =') insyaAllah, doakan moga tulisan ini akan membuahkan amal yang ikhlas dari diri sy untuk jalan dakwah ni hingga mendapat syurga.

Sy jugak pernah dgr, dari ukhti yg sy thiqah jugaklah, yang menulis ni bukan perkara main-main. sebab dalam al-qur'an Allah ada mentioned:


"Nun. Demi pena dan apa yang mereka tuliskan"

"Dengan karunia Tuhanmu, engkau (Muhammad) bukanlah orang gila"

[al-Qalam: 1-2]

ukhti ni kata, kalau Allah bersumpah dgn sesuatu dalam al-qur'an, maksudnya benda atau apa sahaja yang Allah sumpahkan itu, adalah sgt signifikan. Wallahu a'lam, mungkin Allah bersumpah dgn pena kat sini sbb pena mampu utk mengubah pemikiran kita, kalau tak pun mungkin dgn menulis ni mampu utk bg impak dekat persepsi manusia.

tp, sekali lg sy tegaskan, sy tak pandai menulis. Moga Allah sampaikanlah rasa ni.

***