Wednesday, 12 June 2013

Jangan jadi macam kakak.

Post ini sy tujukan khas pada adik-adik sy, yg bakal menjunjung dakwah bersama-sama sy di bumi dublin nnt.

***

Semalam dapat email daripada School of medicine kata results akan di'publish'kan esok (which is hari ni lah). sepanjang tunggu results tu, saya tak tahu nak rase apa. Kalau nak rasa takut, sy memang dah ada carry paper dari winter exam haritu, Kalau nak rasa tak takut, nnt banyak pulak paper nak kene repeat kalau ade yg fail utk summer exam ni. jadi hati sy macam tgh main bola. eh.

So results pon keluar tadi. Every single subject tu saya cek betol-betol markah dia sama ada pass atau fail. kesemua sekali ada 6 subjek besar. lepas saya habes scroll page results tu, sy senyum.

masyaAllah. Senyum, menitis-nitis air mata.

seperti yg dijangkakan, sy gagal. Untuk kesekian kalinya sy gagal lagi. gagal saya ni bukan satu atau dua paper, tapi empat paper sekaligus. SubhanAllah.

Gagal sy ni, sy tahu, ada hikmah yg Allah selitkan dan sy takkan mampu pun utk tahu hikmah tu walaupun sy dapat memikirkan kebaikan yg paling hebat yg datang dari kegagalan sy ni. sy senyum sebab sy tahu, Allah sedang menyimpan yg terbaik utk sy. sy senyum sebab sy yakin bahawa Allah tu bukan lah Tuhan yg maha zalim tp maha Lembut. sy senyum sebab saya tahu masih ada berjuta lagi nikmat Allah yg lain utk sy syukurkan, antara nya ialah sy lulus OSCE sy. yeay, alhamdulillah.

jadi, apa kaitan tajuk dgn post ni? kaitannya ialah sy nak bg tahu kepada junior dan seluruh du'at bahawa jalan dakwah ni sememangnya akan menuntut segala-galanya darimu dan juga dari pelbagai cara. Ye, saya tahu yg semua orang pun tahu benda ni, tp selagi kita tak di uji, jgn berani nak cakap pasal duri dlm jalan dakwah ni.

nak kata nya, dulu masa di MRSM (dulu lah tp) sy ni adalah orang paling top (siriesly plg top) dekat MRSM sy tu. Sebut je nama sy, semua orang kenal, termasuklah cikgu-cikgu dan staf-staf makmal. Apart from nama sy yg sememangnya unik itu, sy mmg seorang yg excellent dekat MRSM. Study excellent (pointer tak penah bawah 3.85). Sports excellent (cakap je game mane yang sy tak penah wakil maktab). So, sy memang terkenal dgn ke'excellent'an sy di MRSM. Disebabkan itu, ada lah kot sedikit rasa riak dalam diri sy, walaupun sy cuba utk tidak berasa riak. erk.

Then, bila sy masuk KMB dengan hati yg sungguh besar. sy diajak utk join usroh. mase kat maktab dulu ada jugak usroh, tp untuk geng surau or BADAR je lah. sy tgk dr jauh je (dalam hati rase gembira sebab takyah join usroh tu, boleh bace buku), terok kan? so, bila join usroh kat KMB ni, okay la mula-mula tu ingatkan setakat makan iftar same-same je, rupanya it's  so moreeee than that.

walaupon sy takde lah nak kata qowwiy sgt mase dekat KMB tu, bawak usroh junior pon main-main je lagi, kalau ingat balik usroh yg saya bawak kat KMB tu, rasa nak tampor je diri sendiri balik. amat lah.. memalukan. erm..  sy, dapat merasakan lah yang saya sudah mula diuji oleh Allah dalam pelajaran sy. Nak katamya, dekat KMB, sy tak penah dapat honor roll dan pernah fail utk math SL mase third sem. Tp Alhamdulillah a'la kulli hal, sy berjaya mendapatkan tempat ke universiti yg paling champion kat ireland ni dengan results IB sy yg tak seberapa itu.

dekat ireland, lagi kencang tarbiyah dia. dekat sini, barulah sy betol-betol kenal DnT tu macam mana. dekat sini barulah sy betol-betol berazam untuk buat dakwah tu all out. dekat sini barulah sy betol-betol jadikan dakwah tu sebahagian dari hidup saya (maaf, ayat ni mungkin kedengaran over).

***

Bersambung.





No comments:

Post a Comment