Memang seperti itulah dakwah..
Dakwah adalah cinta. Dan cinta akan meminta semuanya darimu..
Sampai pikiranmu. Sampai perhatianmu.
Berjalan, duduk dan tidurmu..
Bahkan di tengah lelapmu, isi mimpimu pun tentang dakwah.
Tentang umat yang kau cintai..
-K.H Rahmat Abdullah
saya, pelik betol dgn apa pakcik rahmat ni tulis.. "Bahkan di tengah lelapmu, isi mimpimu pun tentang dakwah".. what?? macam tak logik je. Gigih sgt tu kalau sampai mimpi-mimpi.
Tapi, tu dulu la. Dulu boleh lah tak logik. Sekarang ni, memang logik sgt apa pakcik ni cakap.
Lepas saya betol-betol involved dalam dakwah dan tarbiyah ni, baru saya tahu rasa dia berkorban untuk dakwah. Korban duit, korban masa, korban perasaan, korban rumah, korban ukhuwah, korban makanan (eh) dan banyak lagi pengorbanan yang sy kene buat.
tapi saya pelik, saya takde lah sampai mimpi-mimpi sgt pun pasal dakwah ni. Kalau setakat dalam kelas fikir pasal adik usroh tu, ade jugaklah.. tapi part mimpi ni belum lagi. nampak sgt lah tak buat kerja all out nya.
air mata.
Nak katanya, saya suka sgt point pakcik rahmat tentang cinta tu. Kalau lah kita sgt mencintai dakwah, maka seharunya ia akan meminta semua dari kita.
saya pernah baca satu post ni yang menceritakan tentang persahabatan. Betapa lah seorang ukhti sgt menyayangi sahabat dia sampai banyak sangat yg teramat pengorbanan yang dia buat utk kawan dia tu. Dan dia, buat je dengan mindset yang dia tanak apa-apa pun dari sahabat dia tu balik. Even, kalau sahabat dia tak sayang dia balik pon, dia tak kesah. [sebab sahabat dia tu hardcore sikit. Kononnya macam tak retilah nak express-express kan kasih sayang ni..] ni antara contoh pengorbanan yg dilakukan;
"sekali tu nak exam,
kita tak masak,
isha mesej bagitahu yang dayah gorengkan cucur untuk dia,
pastu saya kata, mana aci, saya nak jugak.
isha kata suruh la kak ira buatkan,
saya kata, kak ira pun nak exam la,
saya ceritakan pada akak,
petang tu saya dapat sebekas cucur,
sungguh itu cucur yang paling sedap saya pernah makan,
saya makan sambil menangis,
tak tertelan rasanya sebab rasa bersalah"
"pernah sekali saya beli phone through e-bay,
rupanya website tu tipu, akak yang coverkan,
bayarkan semula duit yang saya dah bayar."
rupanya website tu tipu, akak yang coverkan,
bayarkan semula duit yang saya dah bayar."
hebat kan? berbaldi-baldi jugaklah saya menangis masa bace entry ni. Hebat sangat, masyaAllah. Macam mana lah kita nak sayang orang tanpa harap balik orang tu sayang kan kita. nanges.
saya, selalu teringin nak buat kat orang macam ni. Tapi saya tak mampu. Dan saya sangat-sangat berharap yang saya dapat mencintai dakwah hingga macam ni skali. tanpa mengharapkan apa-apa pun. semua orang doakan saya ye.
***
No comments:
Post a Comment