Friday, 7 June 2013

post saya yang pertama.

Dari dulu, hati teringin nak menulis sehebat Nadia Najwa, Syafiqah Rahmat, Qowalun dan lain-lain. Tapi itu semua tinggal harapan. Sebab jari saya, pada 'nature'nya, bukanlah dilahirkan untuk menjadi penulis. senyum.

tapi takpe, sebab yg dilihat bukan pada penulisan, tp pada ruh yg ada pada tulisan tu, kan?

andai ada ibrah yang boleh diambil pada penulisan sy ni, alhamdulillah. kalau tiada ibrahnya, maka moga Allah memberikan sy dan anda pahala dan rahmat yg berganda-ganda atas usaha sy yg menulis, dan atas usaha anda yg membaca.

Ada ukhti tersyg sy ni, bg tahu sy, kenapa sy patut menulis blog. Dia kata, sbb menulis ni akan mengikat idea-idea sy yg terapung, menjadikan idea itu berpijak di bumi yg nyata. lalu melahirkan amal.

jazakillah khair kakak. =') insyaAllah, doakan moga tulisan ini akan membuahkan amal yang ikhlas dari diri sy untuk jalan dakwah ni hingga mendapat syurga.

Sy jugak pernah dgr, dari ukhti yg sy thiqah jugaklah, yang menulis ni bukan perkara main-main. sebab dalam al-qur'an Allah ada mentioned:


"Nun. Demi pena dan apa yang mereka tuliskan"

"Dengan karunia Tuhanmu, engkau (Muhammad) bukanlah orang gila"

[al-Qalam: 1-2]

ukhti ni kata, kalau Allah bersumpah dgn sesuatu dalam al-qur'an, maksudnya benda atau apa sahaja yang Allah sumpahkan itu, adalah sgt signifikan. Wallahu a'lam, mungkin Allah bersumpah dgn pena kat sini sbb pena mampu utk mengubah pemikiran kita, kalau tak pun mungkin dgn menulis ni mampu utk bg impak dekat persepsi manusia.

tp, sekali lg sy tegaskan, sy tak pandai menulis. Moga Allah sampaikanlah rasa ni.

***

No comments:

Post a Comment