Tuesday, 11 June 2013

ikhlas yg tak datang bergolek.

Tadi saya buka facebook. Penuh newsfeed kawan-kawan dari cork update status pasal results diorg dah keluar. kebanyakannya mmg yg baik-baik saja lah. Termasuklah ada sorang kawan baik sy ni nama dia Zakiah.

masyaAllah.  senyum.

dalam hati, bercampur-campur perasaan ni. kejap gembira, kejap sedeh. gembira sebab diorang tu kawan sy, gembira diorang gembira sy jugak. sedeh sebab, kecewa dengan diri sendiri, yang tak penah mampu utk lepas pada kali pertama.  kalau nak kata bg alasan, berjuta alasan sy boleh bagi, just name it:

TCD susah kot, soalan exam kemain killer lagi.

Kitorg exam bukan by module, kitorg guna sistem tradisional. sekali exam berbakul-bakul kena baca.

RCSI boleh la ramai senior nak tolong diorang. Kitorg kat TCD ni pandai-pandai sendiri je nak hidup, takde orang nak amek kesah.

Kat sini kitorang bukan setakat written exam je, semua jenis ada. Viva ada, OSCE ada, MCQ, EMQ, bla bla bla..

tapi, saya tahu, macam mana berbakul-bakul pun alasan sy nak bg, sy tetap takkan dpt deny the fact yg sy FAIL. ye, sy gagal. Gagal, bukan hny pada pelajaran tp sy rasa sy juga gagal dalam DnT sy. Exam entah kemana, Usrah entah kemana. sakit hati sy, kecewa betol dgn diri sendiri.

Gagal saya ni, bukan lah sebab sistem TCD tu mmg membunuh ke apa, atau takde senior-senior berhati mulia nak tolong kitorang. Tapi sy gagal, sebab sy rasa sy tak ikhlas dalam apa pun yg sy buat. sy tak ikhlas dalam stadi saya. sy tak ikhlas dalam jalan dakwah ni.

air mata.

bila scroll facebook grup yg berkaitan dgn jalan dakwah ni. hancur rasa hati. betapa lah bestnya kawan-kawan sy dpt join semua program summer tp sy kat sini, balik summer pon still di hantui supplemental paper yg akan dtg nnt. Allah.

benda ni sgt menekan lah. mungkin pada satu sisi, Allah nak uji, sama ada sy pegi program mmg sebab Allah ke, sebab ada kawan-kawan best. Itu satu, satu lagi mungkin sy patut sedar yg mujahadah dan amal soleh sy pada waktu ini adalah stadi dan bukannya dakwah. entahlah..

teringat seorang senior ni, nama dia kak ijah, dia share kat sy:

"anakin, amal soleh tu bukanlah bermaksud awak buat dakwah all the time, tapi amal soleh tu maksud dia amal yang paling sesuai awak lakukan pada waktu itu utk menjaga kemaslahatan dakwah dan tarbiah awak. Dan sekarang ni, amal yg paling soleh awak boleh buat ialah stadi."

sy pun tak tahu nak rasa apa. mohon doakan sy, agar ikhlas dalam jalan dakwah ni. sy tahu, itu je kunci die sebenarnya. sy nak ikhlas. tolong doakan ye. doakan stadi sy juga insyaAllah.

***

No comments:

Post a Comment