Friday, 28 June 2013

Kesayangan.

Untuk adik yang sangat-sangat saya cintai kerana Allah,

"Dan di antara manusia ada orang yang menyembah Tuhan selain Allah sebagai tandingan, yang mereka cintai seperti mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman, sangat besar cintanya kepada Allah. Sekiranya orang-orang yg berbuat zalim itu melihat, ketika mereka melihat azab, bahawa kekuatan itu semuanya milik Allah dan bahawa Allah itu sgt besar azabNya (nescaya mereka akan menyesal)."

[Al-baqarah : 165]

air mata.

Kadang-kadang kita pun tak perasan yang kita dah menjadikan kawan baik kita sebagai Tuhan. Ye, saya lah tu orangnya.

Untuk kita menjadikan sesuatu itu sbg Tuhan, tak perlu pun pegi tokong dan sembah patung, cukup dgn kita meletakkan Allah sama taraf dgn benda lain dalam hati kita.

nanges. tampar diri sendiri.

Sesetengah orang memang jenis yang extreme dalam apa pun yg dia buat. Belajar extreme, bersukan extreme, berdakwah extreme sampai lah dalam berkawan pun extreme. Jadi, bila dah extreme, dia tak mampu lah utk menjadi balance dalam sesuatu yg dia buat tu. Saya, sejujurnya tak menyalahkan orang yg macam ni, sebab bukan dia yang nak jadi extreme, tapi Allah yg meletakkan sifat tu dalam diri dia. Sedeh kan?

Bukan tak mujahadah. bukan tak cuba sehabis baik. Cuma diri yg marhaen ni masih lagi tak mampu utk buang sepenuhnya jahiliyah ni. InsyaAllah, masih lg gigih meneruskan mujahadah. mohon doa dari semua.

***

Untuk adik yang sgt-sgt saya cintai fillah,

Alhamdulillah, thummal hamdulillah. Allah telah melakarkan cerita yang cukup indah utk kita berdua hinggalah saat ini. Tidak adalah yang lebih saya syukurkan dalam hidup saya selain daripada dipertemukan dgn anda. Dari anda, saya belajar utk mujahadah yg lebih hebat. Dari anda juga, saya belajar utk jadi orang lebih sabar  dalam dunie ni. senyum.


andai kamu diberi pilihan,


 " Di tangan kanan ini ada Syurga,

dan jika ditangan sebelah kiri ini ada segalanya yang kau mahu kan itu,

 yakni perhatian dan kasih sayang manusia di dunia,



mana yang satu yang kamu mahu pilih? "

[quoted] 

Dan begitulah, kita telah memilih syurga. Moga pilihan ini menjadikan kita berdua lebih hebat lagi dalam medan dakwah dan tarbiyah ini dan terpilih utk mati syahid dalam jalan Allah, insyaAllah.

dan saya, akan sentiasa mencintai anda, sampai bila-bila. biiznillah.

***

kerana kami, adalah jiwa-jiwa yang menginginkan syurga.


No comments:

Post a Comment