Friday, 14 June 2013

keteladanan sebelum berdakwah.

Jujurnya, saya tak mampu lagi nak sambung  post sebelum ini. Sebab saya rasa emosi saya masih tak stabil dan sy pun sebenarnya masih samar lagi dgn apa yg nak saya smpaikan. Rasa tu, dah hilang.

***

"Seandainya kau tidak lantang ke hadapan, maka kau akan ditinggalkan" - me

Dan sememangnya, begitulah. Saya ingat, dalam jalan dakwah ni, macam mana busuk (read: terok) sekali pun lah ukhwah tu ataupun seorang sister tu, dia takkan tinggalkan sister dia yg lain. dia takkan tinggalkan sister dia yang dia rasa lambat sikit ke, yang selesa dgn byk bekerja dr byk bercakap ke, yang beramal tp tak nampak sgt pun amal dia tu ke, yang pendiam tp sebenarnya sgt ingin bergerak ke dan lain-lain kelemahan yg ada pada sister tu.

tapi sy rasa sy macam.. err dah tak percaya dah dekat benda ni. mungkin lah tak semua akhawat mcm ni dan mungkin sy pun tak boleh nak 'disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga'. tp sangatlah tak logik kalau kita mengaku diri kita dai'e dan bergerak secara berjemaah tp kita selfish! kita tinggalkan kawan kita di belakang sebab kita assume, "dia ni macam main-main je, mesti dia tak suka kalau aku suruh dia buat kerja, tak payah lah ajak dia".

excuse me, who are you to assume like that?! malaikat kah??

mungkinlah dalam hal ni, saya yang tidak manusiawi. mungkin lah sy yang kene lebih bersangka baik. Tapi, meh sini saya nak bagi tahu manusiawi tu macam mana. 

manusiawi tu ialah bila kita rasa kawan kita tu dah nak futur, nampak macam dah nak menyepikan diri je dari jemaah, yang macam dah tanak buat kerja sgt, kita pergi kat die hulur tangan kita utk tarik dia balik, bukan jadi judgemental macam ni. Kita siapa nak jadi judgemental, qowwiy sgt ke? adakah sebab kita tak pernah missed qiyam then qiyam kita tu menghalalkan kita utk buat judgement kat orang lain? 

manusiawi tu bila kita faham yang amal soleh setiap orang tak sama dgn diri kita. mungkin lah kita ni orang paling pandai dalam dunia so bila kita tgk kawan kita lebih memfokuskan pada pelajaran dia drpd dakwah masa musim exam, kita kata dia dia buat kerja masa dia tak exam je. 

excuse me, husnus zon kau pegi mana?!

maafkan saya kerana menjadi sedikit emosi.

saya sebenarnya tak faham orang yang macam ni. Kata kita ni bergerak bersama-sama, susah sama-sama, senang sama-sama. Tp bila ada kelemahan pada diri seseorang sister tu, kita tinggalkan dia pulak instead of tolong dia. Tiba-tiba saya teringat cerita abu mihjan at-tsaqafi. seorang sahabat yang sgt ingin mati syahid tp tak mampu nak tinggalkan jahiliyah dia, iaitu minum arak. mampu ke kita nak bersangka baik dgn orang macam ni?

"bersangka baiklah ke atas ketidak berangkatan saudaramu" - cahyandi takariawan

Agak-agak, ka'ab bin malik saje-saje ke taknak pergi perang tabuk dgn rasulullah? Ka'ab ni ahli perang badar kot, takkan lah dia ni nak jadi munafik sebab kebun buah-buahan dia je. Dan dia, dah dapat pun balasan dia dari Allah. Even rasulullah pon tak penah buat judgement dekat ka'ab ni, kita pulak nak lebih-lebih buat judgement dekat orang.

so, who are we to judge?

Tadi sy pergi usrah, kak firdausi kupas buku fiqh dakwah oleh syeikh jum'ah amin. Ada 10 perkara dalam fiqh dakwah ni, dan yang pertamanya ialah keteladanan sebelum berdakwah. saya sedar yang saya pun masih fail lagi dalam langkah pertama ni tapi betullah kan, dakwah dan dai'e takkan dapat dipisahkan. orang akan pandang kita dulu before pandang dakwah kita. wallahu a'lam.

***

suka lah saya utk menutup post ni dgn kata-kata daripada kesayangan sy, Salim A. Fillah,

jika kau merasa besar,periksa hatimu
mungkin ia sedang bengkak
jika kau merasa suci, periksa jiwamu
mungkin itu putihnya nanah dari luka nurani
jika kau merasa tinggi, periksa batinmu
mungkin ia sedang melayang kehilangan pijakan
jika kau merasa wangi, periksa ikhlasmu
mungkin itu asap dari amal solehmu yg hangus dibakar riak


No comments:

Post a Comment